Sunday 13 May 2012

KETAKUTAN DALAM KUBUR

KETAKUTAN DALAM KUBUR
 
Setelah mayat dikuburkan di dalam tanah, mayat itu mengetahui orang-orang yang telah menghantarnya telah meninggalkannya. Ia mendengar bunyi langkah-langkah mereka, selepas 7 langkah ditinggalkan langsung ia akan memulai dengan penghidupan yang baru.Ia akan ditemani oleh semua amalan2 yang telah ia lakukan semasa hidup di dunia yang telah dicatat oleh malaikat Raqib(Catat Kebaikan) dan 'Atid(Catat Kejahatan)

Kedua-dua malaikat rakib atid itu sentiasa mengiringi manusia dimana saja mereka berada dan kemana sahaja mereka pergi. Malaikat Rakib & 'Atid itu merupakan sekelompok malaikat yang jumlahnya sebanding dengan jumlah manusia sepanjang zaman....
 
Surah Qaf
"Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (18)
[Surah Qaf ]: 17-18
 
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith sahih dari Anas bin malik ra.
Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika hamba diletakkan di dalam kuburnya dan para sahabat meninggalkannya, ia mendengar suara langkah mereka. Kemudian datang dua malaikat kepadanya. Mereka bertanya :" Apa pendapatmu tentang Muhammad SAW?" Jika mayat itu orang beriman, ia menjawab :" Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba dan Rasul Allah." Lalu dikatakan padanya "Lihatlah tempat dudukmu di neraka telah Allah ganti dengan tempat duduk di syurga." Ia pun melihat keduanya sekaligus."
 
Qatadah mengatakan bahawa diluaskan kuburanya sejauh mata memandang. Kemudian, ia kembali pada hadith dari Anas tadi.
"Adapun kepada orang munafik dan kafir dikatakan. "Apa pendapatmu dulu (Saat di dunia) tentang orang ini?" Ia menjawab :"Aku tidak tahu. Aku hanya mengikuti pendapat orang-orang." Kemudian dikatakan kepadanya:"Engkau tidak tahu dan tidak mengikutinya!"Lalu ia dipukul satu kali dengan palu dari besi, sehingga ia berteriak yang terdengar oleh yang dekat dengannya, kecuali jin dan manusia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Comment