Monday 29 September 2014

Siapakah Qarin, Jin, Iblis dan Syaitan?

Dalam sedar atau tidak sedar, setiap daripada kita pernah merasa ada sesuatu telah membisik ke telinga kita untuk melakukan dosa atau kejahatan dan satu lagi bisikan untuk melakukan kebaikan dan pahala. Jadi, kedua-dua bisikan ini akan menguatkan hujah masing-masing berdasarkan fakta dan maklumat yang lengkap bagi mempengaruhi hati kita. Selepas itu, kita akan menilai hujah siapakah yang paling kita suka untuk turuti samada hujah daripada bisikan jahat atau bisikan baik. Kemudian, kita telah sahkan hujah tersebut untuk dituruti dan kesannya kita akan terima di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan jahat sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan buruk di dunia dan akhirat. Sekiranya kita mengesahkan hujah dari bisikan baik sebagai hujah yang perlu dituruti maka kita akan dapat kesan baik di dunia dan akhirat. 
Kebiasaannya jika kita menuruti bisikan jahat, jarang kita menilai kesan-kesan dan mudarat yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Begitu juga jika kita menuruti bisikan baik, jarang kita menilai kesan-kesan dan kebaikan yang bakal kita hadapi di dunia dan akhirat. Dan kebiasaannya keputusan hidup kita dibuat oleh hati kita sendiri.
Jadi siapakan bisikan jahat dan siapakah bisikan baik tersebut?
Kedua-dua disebut sebagai Qarin. Menurut Wikipedia Website mengatakan bahawa Qarīn adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia."
Ianya bukannya sama dengan saka kerana ‘saka’ itu adalah sejenis makhluk jin yang berkhidmat kepada seseorang (dengan janji-janji yang tertentu) lalu apa bila ia mati ‘saka’ (jin tersebut) diwariskan kepada ahli waris(anak cucu beliau). Sedang qarin itu adalah jenis jin yang lahir bersama-sama manusia(seseorang individu) itu. Ianya bukalah jin yang diwarisi dari datuk, neneknya.
Tugas jin Qarin ini mendorongi manusia kearah untuk berbuat kejahatan. Dia (Jin Qarin) membisikkan sifat was-was, melalaikan solat, memberatkan diri manusia untuk membaca al-Quran dan sebagainya dan ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia daripada membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah telah mengutus Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Dalam beberapa hadisth dikatakan bahawa Jin Qarin yang mendampingi Muhammad telah memeluk Islam, sehingga Muhammad selalu terjaga dari kesalahan.
Perkataan Qarin berasal daripada bahasa Arab yang bererti "teman", "pasangan" atau "pendamping". Istilah Qarin kemudian meluas yang memiliki erti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehingga dia meninggal dunia.
Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Hadis mengenai Qarin pun telah dicatat oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim, Nabi Muhammad bersabda kepada Abdullah Mas'ud, "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa Malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga Ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."[1]
Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam kisah yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdillah, bahawa ketika tiba giliran Iblis untuk meminta, ia pun berkata, “Ya Tuhanku, manusia (Adam) inilah yang telah Engkau muliakan atasku, kalau Engkau tidak memperhatikannya, aku tidak akan kuat menghadapinya.” Allah berfirman yang ertinya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak darinya kecuali dilahirkan pula seorang anak dari bangsa kamu.” Iblis berkata lagi, “Ya Tuhanku, berilah tambahan kepadaku.” Allah S.W.T berfirman, “Kamu dapat berjalan-jalan ditubuh mereka seperti mengalirnya darah dan kamu dapat membuat hati mereka sebagai rumah-rumah untuk kamu.”
 Dalam hal ini, bagaimana pula kaum Muslimin harus menghadapi golongan Qarin ini? Adalah ia terpaksa tunduk dan patuh atas arahan mereka atau sebaliknya? Sebenarnya Kaum Muslimin berkuasa ke atas mereka dan mampu menjadikan mereka lemah dan tidak berdaya.Orang yang beriman boleh mengalahkan syaitannya, menyebabkan mereka kurus dan penat melalui ketaatannya kepada Allah seperti membaca al-Quran, membaca “ Bismilllah” ketika makan, berpakaian dan sebagainya. 
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan :
Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus , “ Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah, dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu, “ Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata, “ Aku sentiasa makan dengannya dan begitu juga minum.” Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah SWT menyebut beberapa kali kata 'jin'. Bahkan ada satu surat yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan dengan surat Al-Jin. Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang mudah ketahui dari Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah jin itu. Jin diciptakan oleh Allah SWT dari api. Allah SWT menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat dari nyala api. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.Al-Hijr : 27) dan Dia menciptakan jin dari nyala api.(QS.Ar-Rahman : 15 ). Jin ada yang muslim dan ada yang tidak (kafir) .Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza". (QS.Al-Jin :11 ) Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentera nabi Sulaiman as. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.(QS.An-Naml : 17 ) Dan Kami angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.(QS.Saba' : 12 ) Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. (QS. Saba' : 13).
Iblis menurut bahasa arab berasal dari kata ablasa - yublisu - ilbisan yang berarti putus asa, frustasi atau berdukacita. lblis menurut Al Qur'an adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam as. Hal tersebut sebagaimana firman Allah:"dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat,'sujudlah kamu kepada adam,'maka kecuali ilblis. Dia adalah golongan jin, maka ia mendurhakai perintah tuhannya..." (QS. Al Khafi: 50) "Allah berfirman:"apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam as) diwaktu aku menyuruhmu?" ilbis menjawab:"aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah." (QS al A'raf: 12) Sedangkan Iblis adalah makhluq durhaka yang jenisnya adalah jin, bukan jenis manusia. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahawa Iblis itu adalah dari jenis jin. Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (QS.Al-Kjahfi : 50) Jadi mudah disebut bahawa Iblis itu adalah golongan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah SWT, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mahu diperintahkan untuk bersujud kepada Adam, manusia pertama. Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (QS.Al-Baqarah : 34) Motivasi yang menghalangi si Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi hati. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (QS.Al-Araf : 12 ) Ciri yang paling utama bagi Iblis adalah dia tidakkan mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah SWT Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." (QS.Al-Araf : 14-15 ) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ". (QS.Shaad : 79-81 ) Jadi iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam as dan tidakkan mati sampai hari ini. Iblis adalah nenek moyang syaitan yang juga punya keturunan, namun keturunannya itu tidak mendapatkan jaminan untuk hidup sampai kiamat. Dan sebagai bangsa jin, ada diantara keturunannya itu yang mati. Meski barangkali usianya berbeza dengan rata-rata manusia. Tetapi tetap akan mati juga. Kecuali nenek moyang mereka yaitu Iblis. Kedua ayat Al Qur'an diatas secara jelas dan tegas menyebutkan iblis berasal dari golongan jin yang tercipta dari api. Sedangkan makhluk Allah yang tercipta dari api hanya bangsa jin bukan manusia yang tercipta dari tanah atau bangsa malaikat yang tercipta dari cahaya (nur).  
Syaitan menurut bahasa Arab adalah ruuhun syariirun atau ruh yang sangat jahat/buruk, al-hayatul khabitsah atau suatu kehidupan yang sangat buruk dan mutamarridun madsadun atau penderhaka yang merosak". Sedangkan syaitan secara istilah adalah sifat yang jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang dapat menimbulkan kerosakan dan kehancuran. Jadi syaitan adalah tergolong dari kalangan jin dan manusia yang jahat. Hal ini sesuai dengan definisi Allah mengenai syaitan dalam Al Qur'an: "Syaitan yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia dari (golongan jin dan manusia" (QS. An-Naas: 5-6)" dan demikian kami jadikan bagi tiap - tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebahagian lagi membisikkan kepada sebahagian lagi perkataan - perkataan yang indah - indah untuk menipu manusia. Jikalau tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan," (QS Al-An'am: 112) Jadi Syaitan adalah anak cucu keturunan dari Iblis dan Jin. Diantara sifat syaitan itu adalah sifat sombong, angkuh, sesat dan cinta terhadap kejahatan. Jin yang bersifat sombong, angkuh dan cinta kejahatan disebut syaitan. Manusia yang memiliki sifat tersebut disebut juga syaitan. Syaitan dari jenis manusia dan syaitan dari jenis jin yang ditetapkan Allah sebagai musuh para nabi itu menperdaya sebahagian yang lain dengan kata-kata indah yang dibisikannya. Yang dimaksud dengan membisikkan disini adalah memindahkan pengaruh dalaman (batiniah) dari seseorang kepada seseorang yang lain dengan menipu dan mendorongnya untuk berbuat sombong, angkuh, sesat dan maksiat kepada Allah Azza Wa Jalla. Syaitan jenis manusia, kejahatannya dapat dilihat secara nyata dan jelas oleh mata zahir kita, begitu pula bentuk permusuhan mereka terhadap nabi dan orang yang beriman itu. Sementara syaitan jenis jin dan manusia bekerjasama untuk menjerumuskan dan menyesatkan manusia daripada taat perintah Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah di Al Qur'an: "dan kami tetapkan bagi mereka teman - teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada dihadapan dan dibelakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi" (QS Fusshilat: 25)" dan orang-orang kafir berkata, "ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebagian jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kami kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina" (QS Fusshilat: 29) Sedangkan Syaitan itu menurut Al-Quran Al-Kariem adalah makhluq yang kerjanya mengajak kepada perbuatan jahat dan keji serta berbohong.

Wednesday 23 April 2014

Mereka sudah bersedia menyambut kedatangan Dajjal

Mereka Sudah Bersedia-

Menyambut Kedatangan Dajjal



Hadis Tamim ad-Dari
Dari hadis tersebut dapat kita tahu Dajjal itu adalah manusia. Bukannya binatang. Bukannya raksasa. Dengan jelas hadis tersebut menyebut manusia yang dirantai. “…Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya…”

Dajjal juga telah memberi peringatan bahawa beruntunglah mereka yang mengikut Nabi SAW.

…Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”…

Akhirnya, Nabi SAW memberitahu Dajjal akan datang dari arah Timur.
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Pulau Dajjal
Terdapat lebih 100 buah pulau yang dikenalpasti ada pada zaman Rasulullah.
Pulau yang mana satu hanyalah di dalam pengetahuanNya.

Wallahu’alam.
1
2
3
4
5
6
7
Nabi SAW bersabda apabila tiba waktunya, Dajjal akan muncul dari Timur

Persian Shawls Selendang Parsi
Narrated Anas b. Malik: Allah’s Apostle (saw) said: The Dajjal would be followed by 70,000 Jews of Isfahan (Iran/Persia) wearing Persian shawls. – Sahih Muslim #7034

Riwayat Anas b. Malik: Rasulullah (saw​​) berkata: Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari Isfahan (Iran / Parsi) memakai selendang Parsi. – Sahih Muslim # 7034
8

9

Persiapan Menyambut Kedatangan Dajjal

Banyak negara di belah Timur telah pun bersedia untuk menyambut kedatangan Dajjal. Antaranya adalah Kazakhstan seperti gambar-gambar di bawah.
10
11
12
13
Malang sekali, keluarga di Raja Saudi juga turut sama ‘menanti’ kedatangan Dajjal. Terdapat banyak simbol Dajjal yang diterapkan ke dalam masyarakat oleh House of the Saud
14
15
16
17
18
19
20a
21a
Kepada yang kurang jelas atau nampak, simbol menunjukkan sebuah mahkota yang diletakkan di atas sebiji mata
22 23 The Kingdon Tower di Jeddah, Saudi Arabia dijangka akan siap pada tahun 2018
24
25
Ia akan menjadi bangunan tertinggi dunia pada waktu itu. Untuk ‘siapakah’ bangunan tersebut dibina?

26
Nabi S.A.W juga ada bersabda yang Dajjal akan datang. Dan dia akan datang ke Madinah. Tetapi adalah Haram baginya untuk memasuki Madinah dan di jalanan Madinah. Maka Dajjal akan dipaksa kekal di luar. Jadi apa yang akan Dajjal lakukan adalah dia akan ‘berkhemah’ di atas paya masin di kawasan luar Madinah.

Abu Said narrated that The Prophet (saw) said “Ad-Dajjal will come, and he will be forbidden to enter the mountain passes of Medina. He will encamp in one of the salt areas neighboring Medina…” – Sahih Bukhari #9.245

Narrated Anas b. Malik: The Prophet (saw) said, “Ad-Dajjal will come and encamp at a place close to Medina and the Medina shake thrice wehereupon every Kafir (disbeliever) and hypocrite will go out (of Medina) towards him.” – Sahih Bukhari #9.239

Di pinggir kawasan Madinah, terdapat sebuah struktur yang secara rasminya di gelar Kingdom Palace. Tetapi penduduk tempatan memanggilnya Dajjal Palace.
27
28
29
Banyak ulama’ telah bersepakat dan bersetuju struktur tersebut di bina di atas kawasan yang ‘bergaram’ (salty area) yang telah digambarkan oleh Nabi S.A.W
30
31
32
Jadi yang beriman akan kekal di dalam bandar Madinah tetapi setiap munafik dan kafir akan meninggalkan bandar Madinah dan percaya diri mereka akan selamat setelah mendapat perlindungan dari Dajjal

The Prophet (saw) said: “The Dajjal will come and climb and will see Medina and then He will say to him companions, “Do you see that White Palace? That is the Mosque of Ahmad”…” – Hakim in Mustadrak – Sahih on the conditions of Imam Muslim
33
34
Masjid An-Nabawi berada betul-betul sejajar dengan kedudukan Dajjal PalaceDajjal Palace boleh dilihat dari Masjid An-Nabawi dan begitu juga sebaliknya.
Pada zaman Nabi S.A.W, Masjid Nabawi (Mosque of Ahmad) adalah ringkas dan dibina hanya dengan batu dan lumpur. Hanya apabila zaman berubah, Masjid Nabawi telah diubahsuai menjadi lebih besar dan kelihatan gagah seperti sebuah White Palace (Istana Putih)

The Prophet (saw) said, “The terror caused by Al-Masih Ad-Dajjal will not enter Medina and at that time Medina will have SEVEN GATES and there will be two angels at each gate (guarding them). – (Sahih Bukhari: Book of Afflictions, Vol.9 Book 88 No. 240)

Jika dilihat pada peta Madinah, kita dapat lihat terdapat 7 pintu masuk utama ke dalam bandar Madinah: satu dari Jeddah, Mekah, Rabigh, The Airport, Tabouk & 2 dari kawasan berhampiran

35
35a
Dialog perbualan ini dipetik dari sebuah video semasa sesi pengusiran syaitan cara secara Islam antara seorang imam dan pesakit wanita yang dirasuk

Click for full video

Wanita: It is the biggest. The biggest. The biggest. I mean the biggest, power that my father owns. Sooner or later, his son, the greatest will come.
Imam: His greatest son will come?
Wanita: Yes.
Imam: Who are you talking about?
Wanita: Dajjal.
Imam: Dajjal?
Wanita: Yes.
Imam: So the Illuminati prepare the Dajjal?
Wanita: Yes. Yes. Yes.

Ramalan-ramalan telah dipenuhi. Illuminati telah membuat persiapan menyambut kedatangan Dajjal.

Persiapan mereka telah berjaya. Hampir ke penghujungnya.

Adakah anda bersedia dengan kedatangannya?

“The Son of Mary (Jesus Christ) will kill the Dajjal (Anti-Christ) at the Gate of Ludd (a city 13 miles east of Tel Aviv, Israel).” – Prophet Muhammad (saw); Reported in Tirmidzi (4/105)



“Anak Mariam (Jesus Christ) akan membunuh Dajjal (Anti-Christ) di Pintu Ludd (sebuah bandar jarak 13 kilometer di timur Tel Aviv, Israel).”- Sabda Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan oleh Tirmizi (4/105)


Wallahu’alam bissawab.

Terima kasih kepada sumber, semoga rahmat Allah swt melimpahi anda dunia dan akhirat... Ameen Ameen Ya Rabbal Alameen

Sumber : http://mohdzopfan.wordpress.com/tag/dajjal/?blogsub=confirming#subscribe-blog


Monday 3 March 2014

SIAPAKAH? AL SYAHID SYED QUTB.....

SYED QUTB: PEMIKIRAN DAN PEGARUHNYA TERHADAP PERJUANGAN PAS
Oleh;Mohd Fauzi Zakaria 

LATAR BELAKANG KELUARGA
Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir.  Beliau mendapat didikan awal  di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama.  Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur'an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.
 
KEHIDUPAN AWAL DI QAHIRAH
 Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Qahirah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan. 

Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya.  Beliau memasuki  sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Qahirah.  Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari'ah. 

Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan.  Oleh itu beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukkaan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain daripada terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan  dunia penulisan.  Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Ini menimbulkan kemarahan kepada Menteri Pelajaran, lantas mengarahkan agar Syed Qutb dihantar "berkursus" di Amerika Syarikat. 

Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal. 

Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940-an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb.  Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam.  Namun pada peringkat ini beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam.  Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk "At-Taswir Fanni Fil Qur'an" pada tahun 1939.  Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur'an.  Pada tahun 1945 beliau menulis sebuah buku bertajuk  "Masyahidul Qiamah Fil Qur'an".  Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu. 

Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan  sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul "Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam". Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam. 

SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN
Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama'ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966.  Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting  baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula. 

Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949.  Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum. 

Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku "Al-'Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam", karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ).  Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa "orang  ini"  (Syed Qutb) akan menyertai  al-Ikhwan tidak lama lagi. 

Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna.  Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna.  Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut. 

 Sekembalinya  dari Amerika Syarikat,  Syed Qutb terus  mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna. 

Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih  bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan.  Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am,  Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan  Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah,  dianggap sebagai "ideolog" kepada Ikhwan al-Muslimin.

Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam.  Antaranya ;
 1- Hadha  al-Din.
 2- Al-Mustaqbal li hadha al-Din.
 2-  Khasa'is  al-Tasawwur al-Islamiyy.
 3- Maalim fi al-Tariq.
 5- Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. 

Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah.  Menurutnya kemuncak kepada  Tauhid Uluhiyyah Allah swt. ialah hakNya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'.  Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah  pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya. 

Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu "Revolusi Julai 1952". Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan  "Dubbat  al-Ahrar" pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin. 

Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir.  Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi  Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam.  Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku. 

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah.  Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali,ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin  di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun  hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat. 

Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq.  Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.  Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan. 

Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah. 

Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya.  Syed Qutb seorang yang bermaruah.  Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb.  Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis  kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab; 

 "Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa
 Tiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan
 Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis
 satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar
 aku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan
 menuntut rahmat daripada kebatilan". 

Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam.  Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut(1). 

PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTB TERHADAP PAS
Walaupun Syed Qutb telah dihukum mati, namun pemikirannya terus hidup dan didokong oleh gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. Penekanan utama pemikiran Syed Qutb, melalui kuliah-kuliahnya  dan juga penulisannya ialah konsep mendaulatkan Hakimiyyah Allah. Itulah intipati kepada tuntutan Tauhid al-Uluhiyyah iaitu kemuncak kepada al-Tauhid.  Menurutnya makna dan tuntutan tertinggi daripada Kalimah Syahadah ialah tuntutan menegakkan Hakimiyyah Allah, yakni mendaulatkan Syari'atNya di atas muka bumi ini. 

Di antara pendokong utama pemikiran ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad rahimahullah.  Beliau adalah di antara ratusan pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950- an.  Sepulangnya  ke  Tanah Melayu beliau telah menyertai PAS dan sesudah mendapat amanah sebagai  pimpinan, beliau telah menerapkan fikrah Hakimiyyah Syed Qutb  ini sebagai fikrah perjuangan PAS. 

Kini PAS di bawah kepimpinan Ulamak. Fikrah mendaulatkan Hakimiyyah Allah terus  menunjangi perjuangan PAS, setelah beberapa ketika agak samar dan terpinggir di bawah kepimpinan semangat juang yang bersifat nasionalisme Melayu.

(1) Di antaranya yang turut merasai sedih dan adalah Ustaz Nik Abdul Aziz, guru di Maahad Muhamadi, (sekarang YAB Dato' Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS).  Beliau tidak dapat menyembunyikan rasa sebaknya terhadap peristiwa tersebut.  Sambil memberi tahu para pelajarnya apa yang berlaku, beliau dengan rasa sebak memohon maaf kerana tidak dapat mengajar pada pagi tersebut.


Terima kasih kepada blog [Sumber : http://rostam97.tripod.com/adin/ad07.htm], saya kongsikan dalam blog saya. 

Saya cuma insan kerdil yang masih baru dan sentiasa mencari keredahanNya. Saya sentiasa mohon kepada Allah swt agar memandu saya kepada Ilmu2 dan Maklumat2 yang benar dan  bermanafaat untuk dikongsi bersama. Jika ada kesalahan mohon maaf dan mohon teguran kerana teguran anda akan mendekatkan saya kepada Allah swt....

Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kepada penulis, penyebar Ilmu dan Maklumat yang bermanafaat serta pembaca sekalian. Ameen Ameen Ya Rabb Alameen...