Thursday 12 March 2015

GERAK SOLAT BENTUK NAMA NABI SAW (AHMAD)




As’salamualaikum wr, sebagai tambahan pergerakkan solat bermula dari berdiri betul sehinggalah memberi salam membentuk kalimah Allah dan Muhammad. 
Cuba hayati. 
Berdiri betul = alif, takbiratul ikhram = Lam (dua kali) bermula hujung tangan kanan ke kepala dan dari hujung kepala ke hujung tangan kiri. 
Dan semasa kiyam = Ha, (lihat tangan kiri semasa kiyam. 
Manakala Muhammad pula bermula dari rukuk membentuk huruf mim, ketika sujud membentuk huruf Ha, semasa duduk antara dua sujud membentuk huruf mim (lihat secara terbalik) dan ketika tahiyat akhir membentuk huruf Dal. 
Sama-samalah kita renungkan dan jagalah huruf-huruf ini ketika bersolat (tidak bergerak-gerak), Wallahua’lam.

Alif = Berdiri, Kha = Rukuk, Mim = Sujud dan Dal = Duduk. Alif Kha Mim Dal (tulisan berpisah) = Ahmad, Ahmad adalah nama Roh yang hidup dan boleh bergerak sepertimana pergerakan SOLAT, manakala Min = Kepala, Kha = Dada, Mim = Pinggang, Dal = Kaki. Mim Kha Mim Dal (tulisan bersambung) = Muhammad, Muhammad adalah bentuk jasad manusia. 

Oleh itu Jasad + Roh manusia akan dapat hidup dan bergerak. Bila Roh keluar daripada Jasad maka matilah Jasad itu. Sebab itulah dalam syahadat tidak disebutkan perkataan nabi kerana MUHAMMAD itulah kita manusia yang diutus ALLAH . Tidak kira apa bangsa dan agama manusia itu MUHAMMAD jugalah dia kerana bentuk tubuhnya adalah MUHAMMAD. Wallah hu a’lam. 

Terima kasih kepada blog:
SUMBER : http://pakcikli00.wordpress.com/