Monday 14 May 2012

B. PENCIPTAAN ADAM AS

Berkatalah Ibnu Abbas ra : Allah swt menciptakan jasad Adam as. dari berbagai penjuru dunia, kepalanya dari tanah Kaabah, dadanya dari berbagai tanah di bumi, kemudian punggungnya dan perutnya dari tanah India, kedua tanganya dari tanah Masyrih, kedua kakinya dari tanah Maghrib."

Pada hadith yang lain diriwayatkan, berkatalah Wahab Ibnu Munabbah," Allah swt telah menciptakan Adam as. dari tujuh bumi; maka kepalanya diciptakan dari bumi yang pertama, lehernya dari bumi yang kedua, dadanya dari bumi yang ketiga,kedua tangannya dari bumi yang keempat, punggung dan perutnya dari bumi yang keenam, dan kedua betisnya dari bumi yang ketujuh."

Dan dalam hadith yang lain pula diriwayatkan bahawa, Ibnu Abbas ra. berkata," Allah swt telah menjadikan Adam as, maka dijadikanlah kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, wajahnya dari tanah syurga, kedua telinganya dari tanah gunung Thursina, keningnya dari tanah Iraq, gigi-giginya dari tanah Kautsar, tangan kanan beserta jari-jemarinya dari tanah Kaabah, tangan kiri beserta jari-jemarinya dari tanah Parsi, kedua kaki beserta betisnya dari tanah India, tulang belulangnya dari tanah gunung, auratnya dari tanah Babilon, punggungnya dari tanah Iraq, perutnya dari tanah Khursan, hatinya dari tanah Firdaus, lidahnya dari tanah Thaif, kedua matanya dari tanah telaga."

Kerana dijadikan kepala itu dari tanah Baitul Muqaddis, maka jdilah ia tempatnya akal kepandaian dan tempat berbicara; kerana dijadikan kedua telinga itu dari tanah Thursina, jadilah ia tempat mendengar nasihat dan fatwa; kerana dijadikan kening itu dari tanah Iraq, maka jadilah ia tempat sujud kepada Allah swt; kerana dijadikan wajah itu dari tanah syurga, maka jadilah dia tempat kebagusan dan perhiasan; kerana dijadikan gigi-gigi tersebut dari tanah Kustam, maka jadilah dia tempat kenikmatan, kerana dijadikan tangan kanan tersebut dari tanah Kaabah, maka jadilah ia tempat barakah dan tempat pertolongan dalam kehidupan dan kedermawanan; kerana dijadikan tangan kiri tersebut dari tanah Parsi, maka jadilah dia tempat bersuci dan beristinjak;kerana dijadikan aurat tersebut dari tanah Babilon, maka jadilah dia tempat iri hati dan menipu; dan kerana dijadikan tulang belulang tersebut dari tanah gunung, maka jadilah dia tempat kekerasan; kerana dijadikan kerana dijadikan hati tersebut dari tanah Firdaus, maka jadilah dia tempat iman; kerana dijadikan lidah tersebut dari tanah Thaif, maka jadilah ia tempat syahadat, tawadhuk dan doa kepada Allah swt.

Allah swt menjadikan dalam tubuh Adam tersebut 9 pintu. 7 Pintu terletak di kepala iaitu di kedua mata, kedua telinga, kedua hidung dan mulut. Kemudian 2 pintu lagi ditubuhnya iaitu qubul dan dubur.

Dan Allah swt menjadikan pula pancaindera : penglihatan di mata, pendengaran di telinga, perasa di mulut, peraba di tangan dan pencium di hidung. Ketika Allah swt hendak meniup roh ke dalam jasad Adam as, Allah swt memerintah roh agar masuk ke dalamnya selama 200 tahun, lalu turunlah roh pada kedua mata maka terlihatlah olehnya diri sendiri. Terlihat olehnya dalam bentuk lumpur yang kering.

Ketika roh tersebut sampai di kedua telinga terdengarlah olehnya teasbihnya para Malaikat, kemudian turunlah roh itu ke rongga hidung bersinlah dia. Ketika selesai dari bersin turunlah roh itu ke mulut, lidah dan kedua telinganya. Lalu Allah swt mengajari Adam as untuk berkata Allhamdulillah. Maka Allah swt menjawabnya dengan kalimat Yarhamuka rabbuka ya Adam. Lalu turunlah roh itu ke dadanya dan tergesa-gesalah dia berdiri tetapi tidak mampu, hal ini sesuai dengan firman Allah swt yang bermaksud:

"Manusia itu adalah tergesa-gesa..." (Israil : 11)

Ketika roh itu sampai ke perut Adam as. maka dia bernafsu untuk makan, lalu menyebarlah roh itu ke seluruhnya tubuhnya jadilah jasad itu daging, darah dan otot-otot yang merata dalam tubuh. Lalu Allah swt mengenakan pakaian dari kuku yang setiap hari pakaian tersebut bertambah baik dan indah. Ketika Adam as. berbuat dosa, maka Allah swt mengganti kuku tersebut dengan kulit dan tinggallah kuku-kuku tersebut di hujung jar-jari kita sebagai pengingat awal kejadian.

Lalu Allah swt menyempurnakan kejadian Adam as. dan meniup roh ke dalam jasadnya dan mengenakan pakaian untuknya dari pakaian syurga, sedangkan Nur Muhammad saw bersinar di wajahnya seperti bulan purnama. Kemudian diangkatlah di atas bahu Malaikat. Dan berfirmanlah Allah swt kepada mereka:"Berkelilinglah kalian bersama Adam as, yang berada di atas tempat tidur itu, agar ia melihat keajaiban langit dan segala sesuatu yang ada didalamnya."

Maka bertambahlah keyakinan Adam itu, lalu para Malaikat menjawab:"Rabbana Sami'na Wa Atha'na" (Wahai Tuhan Kami, telah kudengar perintahMu dan kutaati). Maka dibawalah Adam as itu berkeliling di beberapa langit selama seratus tahus, lalu Allah swt menjadikan kuda dari minyak kesturi putih yang semerbak baunya untuk Adam as. Kuda itu dinamakan Maimun; dia mempunyai 2 sayap dari intan dan marjan.

Maka naiklah Adam as sedangkan Malaikat Jibril memegang cemeti, Malaikat Mikail berada dis ebelah kanannya, Malaikat Israfil berada di sebelah kirinya. Maka berkelilinglah semua Malaikat tadi ke segala penjuru tujuh langit itu. kemudian Adam as mengucapkan salam kepada Malaikat, dengan ucapan: Assalamualaikum. Maka menjawablah malaikat dengan ucapan : Walaikum salam. Lalu Allah swt berfirman: "Wahai Adam inilah penghormatan bagimu dan bagi orang-orang mukmin dari anak cucumu yang tetap bagi mereka sampai hari kiamat."\


Sumber : Buku Rahsia Hidup Selepas Mati (oleh Abdul Shukor)




No comments:

Post a Comment

Comment