Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah
pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam
dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi
Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat
manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang
rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam,
membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan,
akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke
rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir
bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran
Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang
bermaksud 'yang terpuji'.
BIODATA RASULULLAH S.A.W:
1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah
yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih
dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
- Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh
dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.
USIA 6 TAHUN
USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia
di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab
‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia
Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu
beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan
Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500
dirham.
USIA 35 TAHUN
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan
‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi
dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24
September 622M.
USIA 63 TAHUN
USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#axzz2lFY9dX5G
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#ixzz2lFYyv1S0
No comments:
Post a Comment
Comment