Wednesday 1 August 2012

JERRY D GRAY MEMBONGKAR PENIPUAN BARAT DAN YAHUDI ZIONIS TERHADAP UMAT ISLAM

Penulis Buku Jerry D Gray Menulis Tentang Penipuan Dunia & Musuh Umat Islam

Pertama kali saya melihat Jerry D Gray di TV Alhijrah dimana beliau  menceritakan Konspirasi Amerika Syarikat (Barat ) dengan Illuminati (Yahudi Zionis) menentang ISLAM dimana mereka ini sedang menunggu kedatangan ketua mereka yakni DAJJAL....

Sedikit Latar Belakang Beliau:

Jerry Duane Gray, 52, dilahirkan pada 24 September 1960 di Wiesbaden,Jerman. Ketika beliau berusia 3 tahun, dia dan keluarga berpindah ke Amerika Syarikat. Jerry dibesarkan dan mendapat pendidikan di Iowa hinggalah menyertai tentera Amerika Syarikat dengan USAF (Angkatan Udara Amerika Syarikat) pada tahun 1978.

Beliau sangat terpesona mendengar laungan azan ketika bertugas di Arab Saudi, dan ketika itu dia tersedar telah banyak bangsanya memusnahkan dan menghancurkan negara yang tidak berdosa itu.
Jerry kagum dengan bangsa Arab yang tekun mendirikan solat dan meninggalkan tugas lain kerana mahu menyembah Allah yang Maha Esa.
Pada tahun 1984 dia telah memeluk agama Islam, pernah menjadi mekanik pesawat untuk Raja Fahd di Arab Saudi. Jerry tidak diterima oleh keluarganya kerana bertukar agama. Dia diusir oleh keluarga, rakan dan saudara tidak dapat menerima dirinya yang sudah menjadi orang muslim. Setelah memeluk Islam dia semakin rajin bersolat kerana apabila dia solat dia merasa tenang apabila ditimpa musibah.

Jerry telah meletak jawatan dari US Air Force dan dirinya diawasi oleh agen CIA kerana terlalu lantang menulis dan menyuarakan teori tentang penipuan dunia yang dilakukan oleh Barat.  Jerry sedar tulisan yang terang menunjukkan kebencian pada Barat diawasi oleh agen CIA yang mungkin menyamar di mana saja. Jerry berhijrah ke Indonesia pada tahun 1985 dan berkahwin dengan wanita Indonesia.

Jerry sangat aktif berdakwah di sana, membuka teori kejahatan Amerika dan banyalk tulisan yang berani di dalam buku bukunya. Antara buku tulisannya ialah  The Art of Deception, Dosa-dosa Media Amerika,  Demokrasi Barbar Ala Amerika , Deadly Mist, dan Rasulullah is My Doctor.

Bagi Jerry  musuh umat Islam sekarang adalah Freemasonry dan Iluminati (dua organisasi rahsia Yahudi yang menjalankan agenda Zionisme).  Freemasonry dan iluminati sudah meresap  dalam  umat Islam  untuk menghancurkan Islam dari dalam, tanpa disedari.

Mereka telah menyiapkan satu rancangan besar seperti membentuk satu gereja dan satu sistem monitor bagi menghancurkan agama-agama dunia, membuat  pornografi sebagai bentuk seni, dan mengambil alih atau menguasai ilmu pendidikan. Buku tulisannya  menjelaskan bahwa kita semua sudah berada dalam era sistem dajjal yang bertujuan meruntuhkan akidah umat Islam.
 
Jerry mengulas teori penipuan Barat dalam kejadian tragedi 9/11 dan pembohongan CNN dalam menyiarkan berita kejadian tsunami yang berlaku di Acheh,  pembohongan itu dilakukan oleh media Barat atau Yahudi yang menguasai media massa dunia.

Lagi teori yang ditulis dan dibincangkan oleh Jerry ialah mengenai kejadian Tsunami di Acheh tahun 2004 didakwa dibuat oleh perancangan besar Barat. Ia dibuat adalah untuk mengalih tumpuan dunia kepada perang di Iraq. Tsunami itu mungkin berlaku hasil ledakan bom atom serta kesangsian mengapa kapal perang AS berada di Sumatera selepas 4 hari berlaku tsunami. Ada teori mengatakan pihak AS mengawal berbulan-bulan di lautan supaya  pengkaji tsunami tidak menemui apa apa yang mencurigakan di sana.
VIDEO CERAMAH JERRY D GRAY DI MASJID SELANGOR 5 MEI

Puak Yahudi memanipulasi Barat untuk menghancurkan umat Islam di dunia, Yahudi perlukan bantuan kuasa yang kuat untuk mencapai matlamat mereka, akhirnya apabila umat Islam lemah maka mereka dapat mengambil kesempatan memusnahkan umat Islam  di dunia ini. Bersedialah umat Islam kerana  turunnya Dajjal sudah direncanakan oleh mereka untuk berperang melawan umat Islam.

Buku The Art of Deception akan membantu kita menyiapkan diri dalam menghadapi  era akhir zaman.
Akhir sekali di dalam rancangan Al Kuliyyah di tv3 disiarkan secara live tu, Jerry D Gray mengingatkan umat Islam kembali menghayati Al Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w dan jadilah umat Islam yang kuat dan tidak berpecah belah.


Tentang Buku The Art of Deception

Buku ini mengungkap peristiwa 11/9 yang menghancurkan bangunan  WTC di Washington, Amerika.  Ada banyak agenda tersembunyi yang dirancangkan oleh Amerika Syarikat dalam peristiwa tersebut.

Misteri yang menyelubungi peristiwa 9/11 atau 11 September 2001 terjawab sudah. Peristiwa yang menghancurkan bangunan WTC di New York dan Pentagon di Washington Amerika ini secara realitinya sangat jauh berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Pemerintah Amerika Syarikat. Ini bukanlah sebuah tindakan pengganas seperti yang mereka katakan. Menurut penulis, kejadian 9/11 adalah sebuah rangkaian kejadian dari sebuah penipuan yang besar.

Di dalam buku ini Jerry D. Gray mengajak pembaca memikirkan sejenak fakta fakta yang belum  dipaparkan secara terbuka dan pembaca boleh membuka mata untuk memahami  apa yang sebenarnya terjadi di sebalik peristiwa 9/11 tersebut. Penulis juga mengatakan bahwa peristiwa ini ada hubungannya dengan organisasi rahsia dan Dajjal.



2 comments:

  1. minta maaf lari topik ek.............kepada sesiapa berani ke????? buat kajian pengaruh fremason dan infiniti dimalaysia dan rancangan zionis menghacurkan malaysia kerana kelantangan dan ideanya terhadap israel(frotila) yang membawa kepada kemasukan palestin sebangai anggota bukan PBB.. serta rancangan FREMASON/INFINITI/FBI/CIA yang cuba mempengaruhi beberapa individu dimalaysia yang berusaha menjatuhkan reputasi NEGARA MALAYSIA dimata dunia sebangai sebuah negara yang berbilang bangsa yang boleh hidup harmoni.( serta serangan cuaca oleh saintis amerika/israel keatas cuaca malaysia(anggapan sahaja))....
    kepada sesiapa yang beraNI CUBA senaraikan peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ini keatas politik/cuaca/perpaduan diMALAYSIA dan kesan keatas negara yang menyokong kemasukkan/pertubuhan negara PALESTIN serta kesan yang diterima oleh negara yang MENYOKONG..ada artikel mengatakan AMERIKA/ISRAEL mengamalkan dasar NWO(NEW WORLD ORDER)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya serahkan kepada Allah semua kata2 saya...Dengan nama Allah,,
      Sesungguhnya saya sangat kurang arif dan tiada pengetahuan yang jelas tentang apa yang saudara maksudkan. Cuma apa yang jelas bg saya dengan ilmu yang sedikit yg saya miliki. Sifat org Israel (yg bersengkongkol dgn syaitan) sememangnya objektifnya ialah ingin sentiasa menjatuhnya orang Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apa yang berlaku di Palestin, di Syria dan di Mesir juga salah satu agenda jahat mereka....semua yang berlaku inipun telah ada dalam hadiths...dimana kepada yang beriman kepada Allah apa yang berlaku akan menambahkan keimanan kita kepada Allah, Kitab dan RasulNya.

      Mengenai serangan cuaca itu, Allahualam bissawab... walaupun ia benar... ia berlaku dengan izin Allah jua. Cuma bagi kita orang Islam apa yang berlaku pasti ada mesej tersembunyi dari Allah Azza Wajalah yang akan membuatkan orang Islam yang sedar lebih mendekatkan diri kepada Penciptanya.

      Artikel Amerika/Israel mengamalkan NWO ini, dalam internet memang saya pernah jumpa... tapi hanya sebagai pengetahuan bagi saya. Sebab perkara seperti ini amat sukar dibuktikan kerana mereka sendiri melakukan dengan sangat halus. Cuma saya pernah menonton Jerry D Gray dalam TV Al-Hijrah menerangkan maksud dan tujuan Israel. Dan beliau juga telah membukukan di dalam The Art of Deception.... bolehlah saudara mencari buku tersebut...

      TQVM di atas komen dan pandangan sudara, Rahamat Allah sentiasa bersama saudara... Ameen ya Rabb

      Delete

Comment